Makluman : Penyelenggaraan Aplikasi iKepoh

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Maklumat, KPKT akan melaksanakan penyelenggaraan berkala terhadap Aplikasi iKepoh pada :

Tarikh : 3 Oktober 2016 - 4 Oktober 2016

Sebarang kesulitan yang dihadapi tuan/puan berkenaan perkara ini adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

APLIKASIMOBILE iKepoh

Satu inisiatif pembangunan aplikasi secarain houseoleh KPKT. iKepoh memberi kemudahan kepada orang ramai membuat aduan melaluimobile.

AplikasiMobile iKepoh

AplikasiMobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaluimobile.

Objektif AplikasiMobile iKepoh

Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan

Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi AplikasiMobile iKepoh

Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;

Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan

Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

Berikut adalah 3 syarat penting Pengguna AplikasiMobileiKepoh

1 - Android dan iOS

Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android dan pengguna iOS.

2 - Mobile Communication Standard

Capaian terbaik bagi pengguna Aplikasi Mobile iKepoh adalah High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) 3.5G ke atas iaitu 3G -3G, H – 3.5G, H+ - 3.75G dan LTE – 4G.

3 - Fungsi GPS

Pengguna hendaklah mengaktifkan fungsi GPS sebelum menghantar aduan melalui Aplikasi Mobile iKepoh.

Prestasi Capaian iKepoh


Manual
Muat Turun
Aplikasi
Mobile

Manual Pengguna Aplikasi
Mobile

Slide Pembentangan Pelancaran iKepoh

Manual Sistem Dashboard iKepoh

Panduan Penggunaan

Screenshot dan Tatacara menggunakan Aplikasi iKepoh.


Video Pelancaran

Tutorial AplikasiMobile iKepoh

Pasukan Pembangun
Dan Rakan Strategik

KPKT

Bahagian Teknologi Maklumat &
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

JKT

Bahagian ICT, Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

JPBD

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Rakan Strategik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dan
Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)